Anda pemandu kenderaan 'e-Hailing'?
Ingat!! Berkuatkuasa 12 Oktober 2019, semua kenderaan persendirian yang nak masuk tahun ke-3 @ melebihi usia 3 tahun dan ke atas dengan menawarkan perkhidmatan tersebut, WAJIB menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM yang berhampiran.
Berikut adalah informasi penting yang perlu diketahui sebelum membuat pemeriksaan:
1. Cermin kenderaan
• Tidak retak melebihi 6 inci
• Bacaan ketelusan cahaya menepati piawaian yang telah ditetapkan (Cabut Tinted Depan Kiri Kanan jika nak mudah lulus) Tinted belakang dan kiri kanan, tidak perlu cabut
2. Lampu
• Tidak diubahsuai daripada spesifikasi asal
• Penggunaan lampu HID yang dipasang secara eksesori ('retrofit') adalah tidak dibenarkan
3. Saiz nombor plat
• Mengikut saiz dan ukuran yang ditetapkan
• Nombor plat mengikut spesifikasi yang dibenarkan (tidak ‘fancy’)
4. Tayar dan rim
• Tayar berbunga (ketebalan tidak kurang 1.6mm)
• Tayar mematuhi piawaian
• Spesifikasi tayar dan rim tidak melebihi saiz yang dibenarkan
5. Badan kenderaan
• Tiada perubahan identiti kenderaan
• Warna kenderaan tidak menyerupai warna/corak rasmi kenderaan penguatkuasa atau kenderaan perkhidmatan awam yang lain
• Pastikan kenderaan tidak dicat melebihi dua warna atau berbelang-belang
• Tiada pemasangan ‘bodykit’ yang keterlaluan (contoh: ‘spoiler’ yang tinggi)
• Dapatkan kelulusan jika terdapat penukaran struktur panel kenderaan yang dikawal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
• Rujuk laman sesawang JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan.
6. Ekzos
• Tidak diubahsuai tanpa kebenaran JPJ
7. Pemasangan iklan
• Iklan pada badan kenderaan perlu mendapatkan surat kelulusan JPJ
8. Kelengkapan umum
• Alat pemadam api
• Peti pertolongan cemas (bagi penumpang melebihi 7)
• Segitiga keselamatan yang mematuhi piawaian
Sumber: Puspakom Sdn Bhd