Pages

Monday, April 30, 2012

Sunday, April 29, 2012

Tuesday, April 24, 2012

jika cinta???


If love is a gift, why it is not present?

If love is real, what love really is?

If love is a mystery, why everyone knew about it?

If love is the answer, can you please repeat the question?

If love is everything, why do I miss that one thing which is you?

If love is the key, can you tell me where the lock is?

If love hurts, why I'm still smiling?

If love is kind, why does it hurts so bad?

FAHAMI CITARASA ANAK MUDA

Pemecah Berita Paneh Punggung.....

Dikhabarkan berita pada bulan Mei 2012 nanti akan berlangsung Hari Belia Negara (HBN) serta Himpunan Jutaan Belia (HJB) yang dirancang akan diadakan di Putrajaya dan akan disertai oleh golongan belia dari seluruh pelusuk negara. Tahniah untuk golongan belia. Slogannya juga agak menarik iaitu "KUASA BELIA".

Sebagai mempromosikan HBN dan HJB ini, pelbagai pihak sukarelawan, persatuan belia, NGO, mahupun pihak swasta mengambil langkah pro-aktif dalam usaha mempromosikan HBN dan HJB ini. Jumlah belia yang disasarkan adalah tinggi untuk menghimpunkan "Kuasa Belia" ini. Manakan tidaknya, dikhabarkan juga HJB akan menjadi antara 10 karnival terbesar didunia. Maka di Negeri Sembilan pun tidak terlepas daripada acara atau program yang dirangka.

Apa yang Paneh Punggung nak katakan disini, rupa-rupanya dalam diam, tanpa kita sedari ada program yang dirancang iaitu BUKIT PUTUS TOUGE CHALLENGE (BPTC) terpaksa dibatalkan. Pihak penganjur juga telah membuat persiapan yang dirancang. Peserta juga telah membayar penyertaan. Apa sudah jadi dan apa ceritanya semua ini?

Kalau pembaca ingin tahu BPTC ini adalah sukan permotoran yang akan diadakan di Bukit Putus (jalan lama ke Kuala Pilah) pada 12hb Mei 2012. Pembaca juga boleh layari Face Book Bukit Putus Charity Challenge. Baca dan fahamilah luahan serta kekecewaan anak muda.

Dengarnya juga alasan yang diberikan oleh PDRM lebih kepada faktor keselamatan dan keadaan jalan. Bab alasan macam inilah membuatkan golongan anak muda terasa tersisih atau terpinggir. Jiwa anak muda memberontak sebab semua yang nak dilakukan jika sukan itu disifatkan extream alasan diberi adalah bahaya, faktor keselamatan dan macam-macam lagi. 

Jangan memberi alasan secara general sedangkan jika dikata tentang anak muda, budaya kehidupan serta kesukanannya juga adalah extream yakni cabaran. Benda yang mencabar pastinya tidak lari dari kehidupan anak muda. Takkan orang tua atau tok lebai atau tok mudim nak bersama menyertai sukan yang mencabar ini.

Seharusnya pihak terbabit sama ada jabatan atau agensi kerajaan melihat perkara ini dari sudut yang berbeza dan luaskan definasi sukan ini serta kesannya kepada budaya kesukanan anak muda di Negeri Sembilan.

Penyelesaian perlu ada bukan terus memberi noktah kepada program ini. PDRM juga perlu memberi alternatif sewajarnya. Apa kaedah yang dicadangkan? Apakah jalan penyelesaiannya?

Karenah-karenah seperti inilah membuatkan anak muda bosan, serik dan terpinggir. Keinginan serta kehendak anak muda dipandang sepi dan dinafikan.

Maka tidak heranlah bagi Paneh Punggung, apabila gejala mat rempit, lumba haram semakin menjadi-jadi. Apabila ada platform atau program seperti ini ingin dilaksanakan banyak benar halangan dan karenah yang terpaksa dihadapi. Akhirnya kata putus yang diarahkan adalah batal.

Dari sudut politik pula, Paneh Punggung ingin ingatkan semua, sedar atau tidak bahawasanya anak muda atau belia adalah sebahagian daripada Kuasa Pengubah serta Pemacu Lanskap Budaya Politik Baru.

Mereka adalah rakyat Malaysia, mempunyai hak. Mereka juga pembayar cukai kepada hasil maksum kerajaan. Mereka juga penggerak kepada sosio ekonomi negeri dan negara. Mereka juga adalah sebahagian daripada bakal pengundi dalam pilihanraya akan datang nanti. Jangan nanti kekecewaan mereka akan diterjemahkan dalam pilihanraya nanti. Masa itu siapa harus dipersalahkan?

Mereka ini adalah sebahagian daripada lapisan masyarakat atau rakyat yang merdeka. Dengarlah hasrat anak muda ini.

Seharusnya, biarkan mereka menjalankan program ini dengan jayanya. Berikan kebenaran kepada acara ini. Daripada anak muda berlumba bukan ditempat yang sepatutnya.

Lakukan sesuatu suara belia adala suara keramat...kepada YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia berbuatlah sesuatu agar citarasa anak muda ini dapat dilaksanakan. 

Anak muda adalah rakyat.......maka amat berpatutan dengan slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita yang disayangi dalam melakukan transformasi pentadbiran kerajaan yang ada sekarang ini iaitu ...Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Janganlah pula slogan tinggal slogan sahaja.

FAHAMI CITARASA ANAK MUDA........

dari paneh-punggung.blogspot.com

Sunday, April 22, 2012

berkeyakinan tinggi....

dengan yakinnya budak junior sekolah aku nie anta mesej kat aku.... salah orang da... kawen da pown dak nie... anak sorang agaknyer.... macam biase sila klik pada gambar untuk imej yang lagi besar....=)

Thursday, April 19, 2012

biar betul???

maklumat baru dari JPJ

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012

Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru

4. Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

IR HAJI MOHAMAD

Wednesday, April 18, 2012

budget belanja bulan depan....

extractor RM 100 (2nd hand beli kat kawan)

upah psg extractor RM 50

sport spring RM 350

rear anti roll bar RM ???

BPTC fee RM 250

duit minyak ape sume nanti RM 200 (mungkin)

huhuhuhuh..

100 + 50 + 350 + 250 + 200 = 950 (blom campur anti roll bar lg)

amboi kaso belanjer...

Sunday, April 15, 2012

kasihnya laila....


Seisi alam menagih kasihnya laila
Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu

Bagai mimpi..
Kau ku temu..
Gadis yang ku dambakan terserlah ayu
Terbit kasihku namun terhimpit malu
Kerna ku tahu bezanya kau dan aku

Kau menjelma..
Bak cahaya..
Suluhku yang teraba di dalam jaga
assalamualaikum hulur bersapa
Bersama kita mencipta bahagia

Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama


Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama

Bawaku bersamamu gapai sejahtera
Digenangi kau aku suci
Titisan kasih

Seisi alam pun pastikan merestui
Moga kasih lalilaku kan kekal abadi

Saturday, April 14, 2012

Friday, April 13, 2012

Wednesday, April 11, 2012

Sosej & Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

p/s: jangan kecewakan orang tua anda.... =)

Tuesday, April 10, 2012

suami isteri...

Isteri : Apa Yang Abg Fikirkan Tentang Saya Ek?

Suami : Awak ABCDEFGHIJK

Isteri : Apa Dia Tu??

Suami : Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot..

Isteri : IJK?

Suami : I'm Just Kidding. Hahaha

Isteri : Abang ni kan. His LMN .

Suami : LMN? Eh Apa Tuh??

Isteri : Lempang Muka Nak?

Suami : HAHAHA XNAK!!!!

2 TaBiAt Wanita yang MembaWa Ke NErAkA...

2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami

untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku kamu harus lah :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

[Contoh 1]
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

[Contoh 2]
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

[a]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

[b]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat 'ham' dan 'hazan'. Sifat 'ham' bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat 'hazan' bererti berdukacita".

[c]. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

{1}. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

{2}. Memberi salam.

{3}. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

hasil nukilan : Lobai Man

Sunday, April 8, 2012

nafas terakhir....

lagu mula-mula belajar jamming dulu.... huhuhuh... rindu zaman itu... =')


Please come now I think I'm falling
I'm holding on to all I think is safe
It seems I found the road to nowhere
And I'm trying to escape
I yelled back when I heard thunder
But I'm down to one last breath
And with it let me say
Let me say

Hold me now
I'm six feet from the edge and I'm thinking
maybe six feet
Ain't so far down

I'm looking down now that it's over
Reflecting on all of my mistakes
I thought I found the road to somewhere
Somewhere in His grace
I cried out heaven save me
But I'm down to one last breath
And with it let me say
Let me say

Hold me now
I'm six feet from the edge and I'm thinking
maybe six feet
Ain't so far down

Sad eyes follow me
But I still believe there's something left for me
So please come stay with me
'Cause I still believe there's something left for you and me
For you and me
For you and me

Hold me now
I'm six feet from the edge and I'm thinking

Hold me now
I'm six feet from the edge and I'm thinking
maybe six feet
Ain't so far down

Please come now I think I'm falling
I'm holding on to all I think is safe

kurang ajar punya cucu....

Atok : Cu, pergi menyorok cepat, cikgu kamu datang sebab kamu xpergi sekolah hari ni.

Cucu : Atok la pergi menyorok.

Atok : Awat atok lak pergi menyorok?

Cucu : Sebab saya bgtau cikgu saya xpergi sekolah sebab atok meninggal.

Atok : Kau gila *%^*^%$%&%$!!!

Friday, April 6, 2012

TT SCREW, CYBORG, MCGC, STC, PROTON COUPE, dan XTUNED (31/03/2012)

makan dan minum sila duduk.... =)

macam biasa sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar...
sekian....
=)

Wednesday, April 4, 2012

cantik....

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Monday, April 2, 2012

CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000

terma dan syarat wanita hantaran RM10,000

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah couple
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
10: ?? anda tambah sendiri







P/s: diambil dari mamat fan page (facebook)

Sunday, April 1, 2012