Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak
kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya
mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau
Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan
remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan
paling hangat sepanjang tahun.
Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta
ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si
dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh
hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan
tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu
sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang
tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan
yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu.
Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan
menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi
lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah
memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati
hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi
kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi.
Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan
elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila
tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai
cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang
mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta.
Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta...