Pages

Thursday, January 28, 2010

15 sebab turunnya bala....

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
  6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
  12. Apabila lelaki memakai sutera.
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Thursday, January 21, 2010

9 sebab lelaki itu rumit...

  1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-​matian.​ Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.​
  6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.​
  7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

Saturday, January 16, 2010

SAHABAT....

Mengenali seseorang itu,
kadangkala membuat kita ketawa
mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...
sesunguhnya,
mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..
tapi, sedarilah kita....
mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah...
biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara...
bersyukurlah dengan kehadirannya. . ..
kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN....

Wednesday, January 13, 2010

ade kebenarannya...

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Tuesday, January 12, 2010

awek....

aku baru aje kenal sorang awek nie...
tak sampai sebulan rasenyer...
kenal dia nie pown kat myspace aje...
ntah macam mane dok ayat-ayat dia ajak kua....
dia bagi kat aku no tepon dia...
padahal aku tak mintak pown...
heeee...
ok la...
awek cun bagi no fon..
tak kan tak nak amik kowt...
tipu la kalo macam tu kan...
=)
nak dijadikan cerita...
daripada hari aku mula-mula dapat no tepon dia..
sampai skang...
aku terus jadi baek dengan dia...
dalam mase 3 minggu nie...
aku banyak spend time dengan dia..
banyak kali jumpe....
hehehehe..
rase macam klaka pown ade...
kalo aku tak ajak dia kua...
dia yang ajak aku kua...
kol jangan cakap la..
almost everyday...
event dia pakai digi...
aku pakai maxis...
bayangkan la...
besh la kawan dengan dia....
banyak persamaan antara kami walaupown beliau lebih berusia sket...
so for now she is my besh fwen la...
heee....
thanx cik siti coz sudi kawan dengan saye....
itu aje la kowt nak tulis...
papehal nanti...
kite post blog yang baru ye...
heeee...
=)

Thursday, January 7, 2010

PERUMPAMAAN DOSA MENINGGALKAN SOLAT MENGIKUT WAKTU :


SUBUH - dia akan disiksa selama 60 tahun di neraka (60,000 tahun dunia)

ZUHUR - dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

ASAR - dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

MAGHRIB - dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri

ISYA' - Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain