disebabkan sekarang ini dah macam-macam no plat pelik keluar kat negara kita ini...
tak salah rasanya nak berkongsi sedikit mengenai apa makna nombor plat berkenaan...
bagi mereka yang dah tahu ok lah... yang tak tahu boleh baca...
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur - Bermula dari huruf W atau V Labuan - Bermula dari huruf L Putrajaya - Bermula dari huruf F
Perak - Bermula dari huruf A
Selangor - Bermula dari huruf B
Pahang - Bermula dari huruf C
Kelantan - Bermula dari huruf D
Johor - Bermula dari huruf J
Kedah - Bermula dari huruf K
Melaka - Bermula dari huruf M
Negeri Sembilan - Bermula dari huruf N
Pulau Pinang - Bermula dari huruf P
Sarawak - Bermula dari huruf Q
Perlis - Bermula dari huruf R
Sabah - Bermula dari huruf S (sebelum ini E)
Terengganu - Bermula dari huruf T
Teksi: (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HJ : Johor
HK : Kedah
HL : Labuan
HM : Melaka
HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang
HQ : Sarawak
HS : Sabah
HT : Terengganu
HW : Kuala Lumpur
Tentera - Bermula dari huruf Z
No pendaftaran istimewa: Patriot - info mengenai no plat ini ada di sini: https://plat.patriot.org.my/page/about
sebagai pemandu UBER mesti seronok dan amatlah gembira bila ada pelanggan yang nak ke KLIA...
sebab tambang tetap 65 ringgit + toll...
dijadikan cerita semalam dalam pukul 5 pagi aku dah keluar wat UBER sebab terjaga awal jadi mula kerja pun awallah kan... dalam pukul 5.30 macam dapat 1 ping kat jalan ampang dan aku pegi sane... tunggu pelanggan tu turun bile mulakan perjalanan dia nak ke KLIA 2 rupanya... alhamdulillah rezeki pagi-pagi buta... sampai di KLIA 2 dalam pukul 6.30 lebih kurang... kemudian aku tengok giliran menunggu di KLIA 2 adalah dalam 71-80 buah kenderaan... jadi aku memutuskan untuk tunggu giliran sebab malas nak masuk KL pagi-pagi macam nie mesti jalan sesak... pergi solat subuh dulu kat masjid KLIA... kemudian aku tunggu no giliran di petronas yang menghala ke KLIA 2 tu... ingatkan sekejap aje tunggu... 4 jam gak la...
tu aje no yang sempat di screen shot yang lain tu tak sempat... bila dah dekat-dekat no tu baru rase seronok sangat... hahahaha... setelah 4 jam menunggu akhirnya sampailah giliran aku...
dengan harapan customer akan ke KL... tapi...
ke nilai aje sudahnyer... hahahaha... tak apalah... pertama kali jadi penunggu di KLIA setelah 6 bulan jadi pemandu UBER... disebabkan agak kuciwa semalam... lepas hantar pelanggan tu aku terus ke KL sambung kat sana dalam 2-3 perjalanan pastu balik umah... dah aku nak kua keje balik nie...
hari ini 9 mac 2017... hahahaha... naik berhabuk blog aku nieh...
pos pertama untuk tahun 2017...
nak bagi tahu sekarang nie sibuk sket... aku dah tak keje bank lagi... setelah 10 tahun keje bank...
akhirnya aku meninggalkan dunia keparat (coroporate world) tu...
bukan berniaga sendiri... di pos yang terakhir aku ade pos pasal proton saga...
sebabnya aku dah beli sebijik proton saga flx digunakan untuk buat UBER...
hahaha.... dari keje bank ke pemandu lak... sangat menyeronokkan... boleh jalan-jalan....
yang biru tu UBER yang cokelat la kot UBER partner...
disebabkan dah keje sendiri nieh kene jage diri bebaik... sebab tak ade socso, tak ade epf, tak de kad perubatan dan macam-macam lagi yang tak ade...
sejak jadi pemandu UBER nie aku jadi macam hilang akal aje dalam kete... sebagai contoh:
dah macam orang hilang arah tuju pon ade... hahaha...
100 paparan hari ini mengisahkan mengenai video aku kat youtube sebab dok layan applikasi yang tengah hangat digunakan sekarang... macam karoke online la orang kate... smule:
penah tengok dan penah layan kan?? kalo tak penah cuba lah... tak salah... tak de sape nak marah kat situ... hahahaha...
jadi inilah video yang melebihi 100 paparan:
ok yang nie lagi 7 paparan akan jadi 100 hahaha:
ok jika anda lihat semua video yang lebih dari 100 paparan nie...
semuanga duet dengan artis tak pon awek lawa... baru banyak paparan...
nak mengharapkan muke aku yang macam penjayah galaksi nie memang idok ler banyak paparan macam gitu... memang rupa memainkan peranan penting sekarang tidak dapat dinafikan... dunia memang tidak adil... hahaha...
sesape nak follow saye boleh la:
smule: afdhalluddin
youtube: afdhalluddin
sejak dari 1986 hingga 2016 sudah 30 tahun usia Proton Saga...
mari kita lihat evolusinya dari dulu hingga sekarang...
Proton Saga
Proton Saga Aeroback
Proton Saga Iswara
Proton Saga Isawara Aeroback
Proton Saga (re-release)
Proton Saga BLM
Proton Saga FL
Proton Saga FLX
Proton Saga 2016
Pelbagai tomahan sepanjang 30 tahun ini, tetapi Proton masih terus bertahan...
dari rebadge Mitsubishi sehinggalah Proton mampu mengeluarkan rekaan mereka sendiri (walaupun sekarang masih ada lagi seperti rebadge dari mitsubishi, honda dan yang terbaru suzuki ertiga)...
Teruskan usaha menghasilkan kereta-kereta yang mampu membuat Malaysia terkenal di mata dunia (dah macam wartawan lak aku) hahaha...
disebabkan aku tak tau nak buat ape skang...
so aku nak review citer Batman v Superman: Dawn of Justice yang aku tengok semalam...
pertama:
plot citer yang agak lembab (patut la citer leh sampai 2 jam) hahahaha...
kedua:
Batman tembak orang jahat pakai pistol... ha??? dan ade gak part dia dok pakai senapang.. ha?????
ketiga:
costome Batman kali nie macam tak bape menarik perhatian macam sebelom nie... yang part dia lawan superman tu ok la...
ntah la macam boleh ditambahbaik lagi costume untuk siri yang akan datang...
keempat:
Batmobile untuk siri kali nie tak bape nak mengancam...
kelima:
Gal Gadot as wonder woman memang sebijik macam dalam katun... sesuai sangat dengan beliau...
Keenam:
name mak Batman dengan mak Superman same... "martha" menjadi punca batman tak jadi bunuh superman gune kryptonite... hmmm....
ketujuh:
superman mati kene tikam?? WTF???!!! hahahaha... kene tembak bagai tak mati siap kene bom neuklear lagi... pastu kene tikam mati... kamon la... tapi di penghujung cerita pasir kat kubur superman dok terapung (ye la tak kan superman mati) huhuhu...
kelapan:
jangan tunggu sampai abis movie yer konon macam Marvel...
lain eh citer nie DC Comics punye... so mmg x de la citer kat ujung tu... aku dah tertipu semalam...
hahahaha...
untuk citer nie...
aku bagi 3 1/2 bintang... sebab jalan citer dia macam... hmmmm... errrrr... ntah la... ade part klakar di mana:
wonder woman:
i killed something from other universe before
superman: (looking at batman)
she is with u?
batman:
i thought she is with u...
hahahaha...
satu lagi part... yang batman selamatkan mak superman...
batman:
dont worry im your sons friend...
martha:
i figure it out from the cape...
hahahaha...
k tu aje...
panjang nau status aku...
boleh pegi tengok sendiri...
sekian...
trimas...
FAST APPROVAL: 1. PINJAMAN PERIBADI (am:pm) - kelulusan dalam masa 5 minit - pencarum EPF - potongan EPF melebihi 200 sebulan - dapat duit serta merta - hanya memerlukan ic 2. KAD KREDIT (am:pm) - kelulusan dalam masa 5 minit - pencarum EPF - potongan EPF melebihi 200 sebulan - hanya memerlukan ic NORMAL PROSES: 1. Business Cash Loan (BCL / CGC) - untuk perusahaan MIKRO, KECIL dan MEDIUM. - jumlah pinjaman sehingga 400K - pinjaman sehingga 5 tahun. - kadar faedah minimum BLR + 3.50% setahun. 2. Pinjaman Perniagaan (konvensional dan Islamic) • untuk peniaga sahaja • dokumentasi mudah • tiada penjamin • pinjaman sehingga 250k • 2 - 5 tahun pinjaman fleksibel 3. PENGGABUNGAN HUTANG • jimat sehingga 2% kadar efektif • kadar faedah serendah 7.5% setahun • jumlah pinjaman dari 5K • pinjaman selama 5 tahun • wang tambahan sehingga 100% dari jumlah penggabungan hutang 4. PINJAMAN PERIBADI • Berumur 21 tahun keatas • pendapatan minima 24K setahun • kadar faedah 12% setahun • jumlah pinjaman dari 5K • pinjaman sehingga 5 tahun • 20% cashback untuk paymaster 5. Kad Kredit - Visa - Mastercard 6. PEMINDAHAN BAKI • 6.99% kadar faedah untuk 6 bulan @ 12 bulan • 4.99% kadar faedah untuk 6 bulan @ 12 bulan (jika memohon dalam bulan kelahiran anda) ***semua perkhidmatan tertakluk pada TERMA DAN SYARAT. Berminat??? Call/sms/whatsapp: 0123308837 - afdhal Afdhalluddin@hlbb.hongleong.com.my HONG LEONG BANK PANDAN PERDANA BRANCH NO 1-GM JALAN PERDANA 4/6 PANDAN PERDANA 55300 KUALA LUMPUR