Pages

Tuesday, March 15, 2011

memo untuk semua staff

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2011, syarikat ini
akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami
mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya
ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan
secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan
kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda
mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah
melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

yang mengikut perintah....AHMAD ALBAB

No comments:

Post a Comment