Udin baru berusia 14 tahun. Dia
tahu yang minggu depan
kakaknya yang sulung akan
berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti
kahwin?"
Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau
sendiri la... ",
jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati
dengan jawapan tersebut.
Esoknya seperti biasa, Udin akan
bertandang ke rumah Harun dan
Karim apabila balik dari kelas
mengaji Quran. Harun dan Karim
merupakan sahabat baik dan
mereka menyewa sebuah rumah
berhampiran dengan rumah
keluarga Udin. Mungkin kerana
sama-sama masih teruna, Udin
selesa duduk melepak di rumah
Harun dan Karim walaupun
umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah
bujang tersebut, Harun dan
Karim sedang asyik menonton
cerita kegilaan mereka, CSI-
Vegas.
"Harun, kau tolong garu
belakang aku! Aduh, gatalnya!"
Pinta Karim.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku
suruh kahwin kau tak nak. Kalau
tak, boleh gak bini kau tolong
garu belakang."
Balas Harun pula.
Udin tiba-tiba berasa amat
gembira. Kini dia sudah dapat
jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab
apa kakak kahwin!"
Kata Udin dengan girang.
"Sebab apa?"
Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!"
Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar
perbualan Udin dengan
kakaknya itu menyampuk,
"Salah Nak... sebenarnya gatal
depan........"
No comments:
Post a Comment