Pages

Thursday, November 24, 2011

si pemburu beruang...

"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.
Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak,
tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang.
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!
Kedua-dua kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok... Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya
sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi...

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini ..
jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman ..
tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum! Beruang tadi terhenti betul-betul di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit ..
beruang tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin ...! "

hahahaha....

No comments:

Post a Comment