Tips Memotong & Dipotong Ketiga Bertouge Kpd rakan2 Yg Baru dan Semua.
[Sesi Siang dan Malam]
Yang Mahu Memotong - Keluarkan sedikit kenderaan yg dipandu kekanan sambil beri double headlight untuk membuat contact dgn kenderaan touge di-depan. Memotong bila keadaan selamat dan yakin tiada kenderaan yg datang dari arah depan. Jangan sesekali keluar secara melulu demi keselamatan awek anda disebelah. Jangan cuba memberanikan diri dengan memotong di selekoh buta dimana anda mengundang kematian kepada, rider basikal, motosikal, dihentam oleh lori dan lain lain. Kalau hati dah kering sangat pon, jangan sampai menyusahkan dan melambatkan masa orang lain.
Yang akan Dipotong - Setelah menerima headlight dari belakang dimana keadaan posisi rakan belakang mahu memotong, sila, perlahankan kenderaan anda, beri signal kiri tanda sedia untuk dipotong. jangan sesekali anda sama-sama menekan pedal ketika sedang dipotong. Ia boleh membahayakan nyawa awek anda dan nyawa awek rakan anda. Seringkali perkara ini dilihat dari rakan-rakan baru. Touge bukan litar lumba. Ia sekadar weekend drive entertainment. So jangan biarkan entertainment itu berubah kepada kenduri tahlil.
Pesanan ini dibawa khas untuk anda demi keselamatan bersama.
No comments:
Post a Comment