pagi tadi dikala aku tengah banyak kerja yang nak kena disiapkan datang la idea giller untuk buat satu mesej siaran (broadcast message) kat semua kawan BBM aku... mesejnya adalah seperti berikut:
"jika ada kawan-kawan anda yang masih single... apa kata kenalkan pada saya yang masih bersendirian ini"
hahahaha.... macam-macam jawapan dari kawan-kawan.. dari 50 orang kawan BBM 10 orang aje yang balas... berikut merupakan respon mereka....
boss aku minta pendapat semua kakitangan macam mana nak tingkatkan lagi produktiviti di tempat kerja... mati-mati aku ingat sumua orang ade bagi idea... rupa-rupanya aku sorang aje yang balas email boss aku.... hahahaha.....
Tips Memotong & Dipotong Ketiga Bertouge Kpd rakan2 Yg Baru dan Semua.
[Sesi Siang dan Malam]
Yang Mahu Memotong - Keluarkan sedikit kenderaan yg dipandu kekanan sambil beri double headlight untuk membuat contact dgn kenderaan touge di-depan. Memotong bila keadaan selamat dan yakin tiada kenderaan yg datang dari arah depan. Jangan sesekali keluar secara melulu demi keselamatan awek anda disebelah. Jangan cuba memberanikan diri dengan memotong di selekoh buta dimana anda mengundang kematian kepada, rider basikal, motosikal, dihentam oleh lori dan lain lain. Kalau hati dah kering sangat pon, jangan sampai menyusahkan dan melambatkan masa orang lain.
Yang akan Dipotong - Setelah menerima headlight dari belakang dimana keadaan posisi rakan belakang mahu memotong, sila, perlahankan kenderaan anda, beri signal kiri tanda sedia untuk dipotong. jangan sesekali anda sama-sama menekan pedal ketika sedang dipotong. Ia boleh membahayakan nyawa awek anda dan nyawa awek rakan anda. Seringkali perkara ini dilihat dari rakan-rakan baru. Touge bukan litar lumba. Ia sekadar weekend drive entertainment. So jangan biarkan entertainment itu berubah kepada kenduri tahlil.
Pesanan ini dibawa khas untuk anda demi keselamatan bersama.
gambar-gambar semuanya diambil secara spontan... nampak macam dalam filem pun ada... gamba diambil ketika sesi touge genting sempah ke bukit tinggi... sangat seronok... bulan 6 nanti baru dapat touge balik agaknyer... almaklumlah sekarang ini bergelar pelajar separuh masa... isnin - jumaat kerja... sabtu dan ahad belajar pulak... terpaksa berkorban untuk mendapatkan segulung ijazah... =)