Pages

Showing posts with label afdhalluddin zainuddin. Show all posts
Showing posts with label afdhalluddin zainuddin. Show all posts

Tuesday, March 14, 2017

Kuala Lumpur International Airport ( KLIA )

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sebagai pemandu UBER mesti seronok dan amatlah gembira bila ada pelanggan yang nak ke KLIA...
sebab tambang tetap 65 ringgit + toll...

dijadikan cerita semalam dalam pukul 5 pagi aku dah keluar wat UBER sebab terjaga awal jadi mula kerja pun awallah kan... dalam pukul 5.30 macam dapat 1 ping kat jalan ampang dan aku pegi sane... tunggu pelanggan tu turun bile mulakan perjalanan dia nak ke KLIA 2 rupanya... alhamdulillah rezeki pagi-pagi buta... sampai di KLIA 2 dalam pukul 6.30 lebih kurang... kemudian aku tengok giliran menunggu di KLIA 2 adalah dalam 71-80 buah kenderaan... jadi aku memutuskan untuk tunggu giliran sebab malas nak masuk KL pagi-pagi macam nie mesti jalan sesak... pergi solat subuh dulu kat masjid KLIA... kemudian aku tunggu no giliran di petronas yang menghala ke KLIA 2 tu... ingatkan sekejap aje tunggu... 4 jam gak la...




tu aje no yang sempat di screen shot yang lain tu tak sempat... bila dah dekat-dekat no tu baru rase seronok sangat... hahahaha... setelah 4 jam menunggu akhirnya sampailah giliran aku...


dengan harapan customer akan ke KL... tapi...


ke nilai aje sudahnyer... hahahaha... tak apalah... pertama kali jadi penunggu di KLIA setelah 6 bulan jadi pemandu UBER... disebabkan agak kuciwa semalam... lepas hantar pelanggan tu aku terus ke KL sambung kat sana dalam 2-3 perjalanan pastu balik umah... dah aku nak kua keje balik nie...

sekian...
kbai...
=D

Monday, March 13, 2017

pelanggan berulang ( repeated customer )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

teruskan aje lah ke benda yang aku nak citer nie... hahahaha...

pelanggan berulang mesti akan terjadi pada sesiapa saja yang berniaga mesti punye lah...

aku juga tidak boleh lari dari benda nie...

dari keje bank dulu sampailah jadi pemandu UBER sekarang nie benda yang same gak yang jadi...





nie aje yang sempat jumpe.. ade lagi... tak dan nak belek satu-satu... poning palo den... 
hahahaha...

k tu aje.. bai...

Saturday, November 26, 2016

revolusi Proton SAGA (1986 - 2016)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

terasa nak kemas kini pasal kereta ini pulak...

sejak dari 1986 hingga 2016 sudah 30 tahun usia Proton Saga...

mari kita lihat evolusinya dari dulu hingga sekarang...

Proton Saga




Proton Saga Aeroback


Proton Saga Iswara



Proton Saga Isawara Aeroback



Proton Saga (re-release)





Proton Saga BLM



Proton Saga FL



Proton Saga FLX



Proton Saga 2016



Pelbagai tomahan sepanjang 30 tahun ini, tetapi Proton masih terus bertahan...
dari rebadge Mitsubishi sehinggalah Proton mampu mengeluarkan rekaan mereka sendiri (walaupun sekarang masih ada lagi seperti rebadge dari mitsubishi, honda dan yang terbaru suzuki ertiga)...
Teruskan usaha menghasilkan kereta-kereta yang mampu membuat Malaysia terkenal di mata dunia (dah macam wartawan lak aku) hahaha...

sekian sahaja... selamat beristirehat.... =D

Wednesday, March 23, 2016

Pinjaman Peribadi/Pinjaman Peribadi (Fast Approval)/Pinjaman Perniagaan/Kad Kredit - No Upfront!

FAST APPROVAL:

1. PINJAMAN PERIBADI (am:pm) 
- kelulusan dalam masa 5 minit
- pencarum EPF
- potongan EPF melebihi 200 sebulan
- dapat duit serta merta
- hanya memerlukan ic

2. KAD KREDIT (am:pm)
- kelulusan dalam masa 5 minit
- pencarum EPF
- potongan EPF melebihi 200 sebulan
- hanya memerlukan ic

NORMAL PROSES:

1. Business Cash Loan (BCL / CGC)
- untuk perusahaan MIKRO, KECIL dan MEDIUM.
- jumlah pinjaman sehingga 400K
- pinjaman sehingga 5 tahun.
- kadar faedah minimum BLR + 3.50% setahun.

2. Pinjaman Perniagaan (konvensional dan Islamic)
• untuk peniaga sahaja
• dokumentasi mudah
• tiada penjamin
• pinjaman sehingga 250k
• 2 - 5 tahun pinjaman fleksibel

3. PENGGABUNGAN HUTANG
• jimat sehingga 2% kadar efektif
• kadar faedah serendah 7.5% setahun
• jumlah pinjaman dari 5K
• pinjaman selama 5 tahun
• wang tambahan sehingga 100% dari jumlah penggabungan hutang

4. PINJAMAN PERIBADI
• Berumur 21 tahun keatas
• pendapatan minima 24K setahun
• kadar faedah 12% setahun
• jumlah pinjaman dari 5K
• pinjaman sehingga 5 tahun
• 20% cashback untuk paymaster

5. Kad Kredit
- Visa
- Mastercard

6. PEMINDAHAN BAKI
• 6.99% kadar faedah untuk 6 bulan @ 12 bulan
• 4.99% kadar faedah untuk 6 bulan @ 12 bulan (jika memohon dalam bulan kelahiran anda)

***semua perkhidmatan tertakluk pada TERMA DAN SYARAT.

Berminat???
Call/sms/whatsapp:
0123308837 - afdhal
Afdhalluddin@hlbb.hongleong.com.my

HONG LEONG BANK PANDAN PERDANA BRANCH
NO 1-GM JALAN PERDANA 4/6
PANDAN PERDANA
55300 KUALA LUMPUR

Wednesday, April 15, 2015

sahabat...



Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu b erkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ..

Sunday, March 29, 2015

achilles atr sport 2

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

dah lama rasanya tak kemas kini blog...

jadi tergerak hati nak cerita mengenai sesuatu...

huhuhu...

semalam 28/03/2015 aku pergi tukar tayar belakang kereta kesayangan ku Belalang Tempur...

tayar yang sebelum ini dah haus dan botak...

pergi ke kedai ASO kat sentul sana... tapi ramai sangat orang.. takut GST agaknya dalam beberapa hari lagi...

disebabkan itu aku pergi ke kedai tayar berdekatan danau kota sebelah restoran zubaidah...

nasiblah kedai ini memang penjual tegar tayar achiles...

nak pakai saiz 205/45/16 tapi saiz itu dah habis...

jadi pengurus kedai mencadangkan 190/50/16 dengan harga yang amat berpatutan...

tayar yang dicadangkan ialah achilles atr sport 2,,,

bunga tayar boleh tahan cantik jadi aku ikut kan sahaja kata pengurus kedai itu...

lepas tukar tayar terus ke genting sempah sebab nak cuba prestasi tayar ini....

memang benar apa yang dikatakan dan aku dengar selama ini....

tayar ini memang amat baik ketika di selekoh....

untuk pengetahuan anda semua achiles merupakan penganjur utama untuk formula drift...



memang tak rugi beli tayar ini....
huhuhuh...

sekian...
terima kasih...



Wednesday, March 11, 2015

ayat sangat puitis....

Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah..

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

by yuna - lautan (lagenda budak setan OST)

Sunday, December 21, 2014

persamaan antara cerita INITIAL D dengan WANGAN MIDNIGHT...


Fujiwara Takumi
- anak tunggal
- mak ayah bercerai
- pandu kereta lama (Toyota Corolla AE86 Trueno)
- hantar taufu setiap hari sejak sekolah menengah
- berlumba di jalan bukit (touge)

Takashi Ryosuke
- anak orang kaya
- seorang doktor (keluarga memiliki hospital sendiri)
- memandu Mazda RX-7 FC



Asakura Akio
- anak tunggal
- mak ayah bercerai
- pandu kereta lama (Nissan Z Fairlady S30)
- berlumba di highway (wangan)

Shima Tatsuya
- seorang doktor (pakar bedah)
- memandu Porche 911


** ade benda yang sama kan?? hehehehe... =p

Monday, November 17, 2014

instagram


Instagram

klik pada lambang IG di atas untuk mengikuti saya....
hahaha..
aku pun dah terjebak dengan benda alah nie...

IG: afdhal.D.ace
wechat: afdhal_ace
FB: facebook.com/afdhalluddin
whatsapp / telegram: 0123308837


Thursday, November 13, 2014

mari ramai-ramai suka muka surat berkenaan...

like page berkenaan... terima kasih...

https://www.facebook.com/protonsatriacrewclub

https://www.facebook.com/…/Cyborg-Revoluti…/216031761771120…

https://www.facebook.com/xtunedsatriamalaysia?fref=ts

https://www.facebook.com/SRAutoWorkshop?fref=ts

https://www.facebook.com/MalaysiaTougeNetwork?fref=ts

Tuesday, October 28, 2014

laman sosial...

laman sosial popular suatu ketika dahulu:

blogger kira masih bertahan sampai sekarang...

friendster sampai dah tutup... kenangan, banyak gambau aku dalam tu tak sempat nak ambil balik...

myspace ini dulu memang popular sebelum zaman facebook... tempat usha awek... hahaha...
kalau ada band senang nak promosikan lagu, muat naik lagu semua dalam tu... huhuhu...


yahoo! messenger ni kalau log in sekarang mampus nak tengok orang ditalian pakai aplikasi nie lagi... semua fungsi facebook dah ambil... huhuhu...


youtube nie tempat tengok video... memang aplikasi masih bertahan hingga kini...

laman sosial yang popular masa kini:


facebook... siapa yang tak pakai benda nie sekarang macam pelik... mak aku pun ada 1 akaun facebook... memakai idea mypace, friendster dan YM sehingga mereka jadi sunyi sepi facebook menjadi jauh ke depan...


foursquare... aplikasi yang boleh memberi tahu dengan tepat di mana kita berada... tapi hati-hati menggunakan aplikasi ini terutamanya perempuan... anda mungkin menjadi sasaran... budak-budak kereta pun sama... huhuhu...


instagram... yang aku tahu aplikasi ni boleh muat naik gambau korang kat dalam tu... aku tak boleh nak komen lebih-lebih sebab aku tak pakai aplikasi nie...


skype... software nie pun ada dalam facebook... kalau tidak mampus aku tak tahu benda alah nie...


telegram... aplikasi yang lebih kurang sama dengan whatsapp... sangat sesuai untuk digunakan berbual dalam kumpulan sebab boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam suatu ruang sembang dan aplikasi ini sangat ringan...

twitter... kemas kini status dan info-info dengan mudah... sangat sesuai digunakan dengan telefon blackberry (tapi siapa pakai blackberry sekarang) hehehe...


wechat... fungsi sama macam whatsapp dan telegram cuma lebihnya boleh "look around" hahaha... usha awek dan mengorat lebih mudah... hahahaha...

whatsapp... aplikasi yang sangat mudah digunakan walaupun dah macam-macam aplikasi keluar dia masih bertahan... berbual dalam kumpulan cuma 50 orang sahaja... kalau berbual kumpulan whatsapp kalah dengan telegram...

aplikasi lain lagi:



dan banyak lagi laman sosial lain... huhuhu...


zaman canggih macam mana pun... cara lama masih berguna dan lagi seronok digunakan...
terpulanglah pada anda nak guna yang mana... telefon anda... tab anda... laptop anda... nak buat ape... buatlah...
huhuhu...

sekian...