Pages

Tuesday, December 29, 2009

Kedudukan jerawat dan info....

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan,
mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg
cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula
boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman)
lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin
berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan,
menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.

Watak wanita ikut hari lahir...

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.

Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.


SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.

Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.

Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.

Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.

Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.

Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif.. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.

Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta.. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.

Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri.

Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.

Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.

Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.

Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Monday, December 28, 2009

petua meredakan kemarahan orang....

Rahsianya ialah, beri hadiah atau beri sesuatu yang akan meggembirakan seseorang.
Tak kisahlah, hadiah hari jadi, buah tangan semasa berziarah, belanja makan & sebagainya.
Jika 2 atau 3 kali anda melakukannya, anda akan dapat melihat kesannya. Ini juga akan meredakan perasaan marah orang kepada anda. Cubalah!

tetibe rase macam nak jiwang jap.... (deeja voodoo spells - evol)



The cold November wind

Whispers a tune tonight

Reminds me that I am all alone

Sitting in my bedroom

I am trying to imagine you by my side

As I close my eyes and drift away

Into my world

Where everything stays the same

Cause I don't want to live for the future

The past is my only solitude



Baby I am missing you

And nobody knows it but me

More than your kisses baby

Your letters mingles in my soul



It's been 12 months and 12 cold nights

Since I seen your face

I am wondering what you're doing tonight

As I close my eyes and drift away



I've heard you found somebody new

Does he love you, does he care about you the way I do

People tell me that I am dreamer

Why can I get it over

This feelings of being in a trance with you



I wish I could turn back time

Like these songs I have heard a million times

Baby make it right

Baby make it right



Baby I am missing you

And nobody knows it but me

More than your kisses baby

Your letters mingles in my soul



It's been 12 months and 12 cold nights

Since I seen your face

I am wondering what you're doing tonight

As I close my eyes and drift away



I'm drifting away….

Wednesday, December 23, 2009

buat pertama kali....

sepanjang aku maen band nie...
tak penah maen dengan band orang laen...
tapi semalam aku jadi sesionist untuk band arus...
maen drum..
heeee...
tu pown last minit kawan aku panggil..
aku pown on aje...
nasib baek lagu diorg nie senang...
walaupown lagu diorang nie senang...
aku rase aku masih banyak giller kekurangan lagi..
masih kene practice lagi..
aku maen drum still not tight...
kene banyak practice lagi..
mungkin boleh improve untuk band aku sendiri....
pape hal pown..
perform semalam memang besh la...
lupe lak nak cakap..
semalam perform kat seksyen 13 stadium melawati betul2 depan politeknik tercinta...
hahahahaha...

semalam kat perkarangan stadium tu slain ade performance dari band2 indie..
dia jemput gaks six sense..
style gak la diorg maen....
hahahaha...
lepas abis maen...
kite org maen top gun...
ala dia lebih kurang mcm roller coaster gaks...
tak de pic la plak nak tunjuk..
hahhaha..
tapi memang besh...
menjerit-jerit naek..
besh giller...
awek yang dok kat depan aku jerit:
"mak... nak balik"
hahahahaha....
tapi memang besh....
heeee...

to arip (arus):
sori la kalo aku maen drum tak bape sangat...
tapi papehal pown besh maen dengan kowang..
beri aku satu pengalaman baru...
heee...
=)

Monday, December 21, 2009

kawan...

kita sangkakan kita ade ramai kawan...
tapi rupe-rupenye kite berseorangan...

bak kate pujangga plak..
ade kalanya kite perlu berseorangan....

macam betul ayat tu....
aku nie bukannye ade kale berseorangan...
almost everytime...
hahahhaha...
nak wat macam mane..
aku suke wat ape2 aktiviti sorang2...
pg jogging sorang....
pg tengok wayang pown sorang....
shopping pown sorang....
kalo kua ajak kawan...
lambat la...
nak itu la..
nak ini la..
leceh..
buat ape2 sorang2 nie..
senang aje....
tapi dalam dunia nie kite perlukan orang laen....
kite tak leh nak idop sowang gak kan...
heee..
aku tak lupekan kawan2 aku...
kua gak lepak dengan dak2 tu...
lepak kat studio...
lepak kat NZ orang tua ke NZ remaja...
heeee..
lepak kat ali b...
lepak kat umah danial layan syisha.....
hahahaha..
terbaek beb korang wat...
ting tong aku kije kan...
heeee....
tapi bile aku kua sorang2...
ramai yang marah aku...
dan soklan yang slalu mereka tanya ialah
"ko tak bawak awek ke???"
aku plak cakap
"aku mane ade awek, kua sowang aje sudah..."
diorg ckp ape korang nak tau
"baek tak yah kua"
aku balas balik
"bosan dowh layan ape kua sowang2... hehehehehe...."
macam tu la keadaannya...
so aku arap korang jangan amik ati ye...

setiap kejadian ada sebabnya....

Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

> Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu...

> Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu...

> Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu...

> Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Sunday, December 20, 2009

I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

pernah bayangkan tak???

ketika anda sedap2 bawak kete laju2 then parents korang menyaksikan perbuatan korang tue....
apekah perasaan anda???
hahahhaaha...
itulah yang terjadi pada aku semalam...
tengah sedap bawak laju....
(aku racing dengan kawan aku... wira vs wira) then bapak leh ade lak kat tepi jalan tue baru lepas park kete....
ya allah...
aku nak slow pown da tak gune lagi...
aku trus anta kawan aku balik umah...
dalam on da way aku nak balik umah...
ayah asik kol aku aje..
aku tak nak angkat sebab da tau konpem kene mara punye...
hahahahhaa....
sampai aje umah...
aku kene mara...
nasib baeklah kene mara tak seperti yang disangkakan..
tapi berderau gak la darah aku mase dia nampak perbuatan aku tadi...
almaklumla...
speeed lover la katekan...
heeee...
insaf???
pasnie nak wat lg???
ntah la...
aku memang suke sangat bawak laju..
tak tau nape....
bile la nak berubah nie...
hmmmm....

moral of the story is:
jangan racing kat area umah korang..
nanti kantoi...
huahuahua...

Friday, December 18, 2009

NASIHAT


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN..
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Tuesday, December 15, 2009

idea menarik untuk musim cuti nie....

aku dah tau ape nak wat utk mengisi mase lapang mase cuti nie...
nak tau ape dia...
aku nak wat 1 video...
tapi bukan muvie la yg pasti...
dia mcm discovery la lebih kurang...
saje je nak wat...
nak tgk mcm mane...
tapi aku memerlukan bantuan rakan2 aku utk wat bnd nie...
arap ko support la aku eks...
video nie bodo aje...
x de la gune graphic gempak pown...
tapi ia memberi 1 informasi bergune gak la..
bergune ke???
heee...
kite tgk la hasilnyer nanti ye....
=)

Sunday, December 13, 2009

mood peperiksaan akhir kini dinyahaktifkan....

MERDEKA!!!
exam da abis....
heeee..
n skang...
doa n tawakal sajalah labu...
tgh dok pk ape nak wat time cuti nie..
ade 3 minggu aje kowt..
x byk yg boleh aku wat...
tapi x pe la...
cuak gak result nanti...
papehal pown skang nie mase utk rileks...
heeee..
=))

Friday, December 11, 2009

bile aku ade awek aku nak try la ayat2 nie...

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak
kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya
mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau
Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan
remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan
paling hangat sepanjang tahun.

Jika anda tidak mempercayainya,​ apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta
ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si
dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh
hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan
tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu
sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang
tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan
yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu.
Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan
menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi
lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah
memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati
hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi
kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi.
Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan
elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila
tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai
cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang
mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta.
Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta...

antara sebab aku masih tidak berpunya...

*1."Duit lum cukup lagi". Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit
nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak
tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak
kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Takde keta pompuan pun pandang
kita sebelah mata jer . Pompuan skarang ni mana yang tahan turun naik bas?
Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Pompuan
sekarang ini ?ada duit abangku sayang, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot". Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangat la procedure skarang ni. Nak kena
masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita.
Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la". Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini
amat berat.
Pompuan apa tau! sKarang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun
belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la". Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi
basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?​soal-​soal
pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita
gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat
isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua
dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa
isteri". Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa
sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Pompuan memang suka mengecewakan
lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda
orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Memang banyak ..
Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum
kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot". Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah
apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak
merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit
majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik
anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan,
makan-​makan?​.​abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia
buat juga yang kita tak suka". Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak
suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Sebenarnya dah
memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat". Haah? dia banyak kekawan lelaki.
Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Pompuan memang
camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah". Dah jumpa tapi dah berpunya?​.​Takkan nak
rampas orang punya kot.

18. "Masalah la". Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak
bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Pompuan suka
bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Thursday, December 10, 2009

aku cukup tak suke benda2 mcm nie....

....... ///// .......
.......(^_^) .......
..o----( . )----o ..
.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​/​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​
.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​.​​​

Pass this hug 2 all of
ur friendz and back
2 me, c how many
u get back!

1-5 HUGS....u r on
someone's mind!

5-10 HUGS...Someone
likes u!

10-15 HUGS.. Someone
wants 2 b with u!

15-20 HUGS..WOW!
u r really luved by all

AKU CUKUP TAK SUKE DENGAN BND2 NIE SUME...
ADE KE PATUT MCM TRUST SUMTHINK YG NONSENSE...
APE PENDAPAT ANDA???

3 sudah.... 1 sahaja lagi.....

3 ketas da jawab...
tinggal 1 aje lg...
yakni paper pengurusan sumber manusia ataupown lebih dikenali sbg HR (human resource)
kalo korg nak tau...
1 klas x bape nak konfiden nak jwb paper nie..
apatah lg aku....
aku kuiz pown fail...
midterm ari 2 aku antara paling rendah gak la... (sbb fail teruk kowt)
sbb paper nie...
carry mark (penilaian berterusan) aku jadi rendah...
n aku kene panggil utk dgr ceramah (sesi kene basuh) dgn KJ (ketua jabatan aka dekan) sbb PB aku rendah...
x psl2 aje..
x penah2 selama nie aku kene mcm nie....
utk paper nie aku x tau la...
PB aku skang nie ialah 53.8% aje....
nak A mmmg x dpt la...
tapi aku akan usehekan utk dpt paling tidak B+...
paper nie bukan susah tau sebenonyer...
tapi ade care sket mcm mane nak faham keadaan HR sebenar kat luar sane..
dia ikut logik aje sebenonyer...
itu lec ckp la...
PB paling tinggi klas aku pown 76.2% aje...
dia leh ckp mcm 2...
sape x riso beb...
giller riso...
aku mmg mengharapkan aku dpt jwb paper nie...
x mo ade C dlm slip aku nanti...
mau bebas drpd C...
jadi kwn2 DPM 5C...
same2 la kite dpt menjwb paper nie nanti...
smoga diberkati allah swt...
insyallah....

Friday, December 4, 2009

mood peperiksaan akhir diaktifkan...

8.12.2009 selasa pukul 8.15-10.15 P4122 pengurusan pelaburan

9.12.2009 rabu pukul 11.15-1.15 P2112 perbankan di malaysia

10.12.2009 khamis pukul 8.15-10.15 P5127 kewangan perniagaan

14.12.2009 isnin pukul 8.15-10.15 P4123 pengurusan sumber manusia

masuk belajar balik nie...
dah ade keinsafan sket la orang kate...
sebab awak dah rase macam mane kije siang malam...
susah nak carik duit nie...
tapi blaja pown same gaks susahnyer...
tapi nak wat macam mane...
kalo tak sambung blaja gaji x masyuk....
bile gaji tak masyuk...
tak de awek nak kawen dengan aku nanti....
heee....
so usehe itu adalah lif kejayaan..
doakan aku berjaya dalam final exam nie...
nak dapat AKJ sem nie ataupown dekan kalo bahase dak2 uitm...
moga-moga dpt jawab exam nanti....
gambate...

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009

facebook

Aku Kurus???

macam tak percaye....
tapi itulah kate kawan2...
rase suke pown ade...
tapi aku da lame sangat tak jogging da...
macam mane leh susut lak badan nie....
bile dikenangkan balik...
mungkin sebab tension kowt..
ye la kan..
semenjak jadi student nie...
macam2 hal aku wat...
aku wat lecturer kecik ati dengan aku...
pening pale aku leh jadi mcm nie laks...
bukan tu aje ade bnd laen gak lagi...
kawan aku yang sowang nie mara lak dengan aku sebab ade kawan aku yang dia tak kenal kutuk dia kat myspace...
macam2 hal sem nie...
aku jadi tension...
frust ade..
sedih ade...
nak nangis pown ade...
macam2 ada la orang kate...
benda nie bile difikirkan balik...
macam tak ke mane pown...
diluah mati mak...
ditelan mati ayah...
(betul ke peribahasa aku nie)
allah saje yang tau keadaan aku skang nie....
mudah-mudahan..
sume yang jadi nie..
ade hikmahnyer....

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya haji....

raya datang lagi...
macam biase la...
orang kl kalo raye aji nie tak bape nak meriah sangat kan???
so macam tu juga la aku...
nak pegi solat sunat aidiladha pown aku malas...
rase macam nak dok kat umah aje....
agak kemalasan di situ...
heee....
anda pule bagaimane???

Wednesday, November 25, 2009

pesan imam ghazali....

mati adalah paling dekat dengan kita....

masa yang lepas adalah sgt jauh dengan kita...

hawa nafsu adalah paling besar di dunia...

lidah adalah benda yang paling tajam....

memegang amanah adalah tanggungjawab yang berat....

meninggalkan solat adalah paling ringan sekali....

doa untuk exam...

Untuk anak-anak yang bakal mengambil peperiksaa,​kumpulka n alat tulis anak-anak
dan genggam alattulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ). kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

Teruskan dengan bacaan doa..

Wednesday, November 18, 2009

Sunday, November 15, 2009

kata-kata hikmah (renungkanlah)

jadilah kamu seperti wanita yang berada di dalam bekas kaca...
mudah dilihat...
tapi amat sukar untuk disentuh...

manusia tidak merancang untuk gagal...
tetapi gagal untuk merancang....

kita tidak perlu menjadi yang terbaik...
kita hanya perlu membuat yang terbaik...

setiap kejadian ada hikmahnya...
tetapi adakah kite menggunakan hikmah tersebut sebagai satu pengajaran???

kita tidak boleh selalu menang di dalam hidup ini...
kite perlu belajar sesuatu daripada kekalahan...

kita perlu mencari peluang di dalam hidup...
tetapi...
adakah kita menggunakan peluang yang ada itu sebaiknya???

kemaafan mudah pinta...
tetapi adakah ia mudah diberi???

bila berkata aku cinta padamu...
maka tunaikanlah...

jangan abaikan permintaan orang...
jika tidak mahu permintaan kamu diabaikan...

practice make perfect...
but no one is perfect...

dalam hidup ini....
kita sentiasa ada pilihan...

musim hujan....

sejak kebelakangan nie slalu sgt ujan...
iye rahmat dr allah kan???
disebabkan itu aku sering memandu kete utk ke klas takut basah...
hahahahaha..
da mcm kambeng laks takut air..
ye la kite nak blaja kene dlm keadaan selesa ye x??
kalo x mcm mane nak blaja...
sbb ade sekali 2 aku bwk moto kat tgh jalan leh ujan lebat laks...
basah kuyup dibuatnyer sampai aku kene blk umah blk tuka baju n drive lak pas 2...
byk kije....
mungkin aku ptt beli baju ujan la..
sume org ckp mcm 2..
tapi aku nie degil sket..
sket ke?? hahahahaha..
so papehal pown aku akan cube mengharungi musim ujan nie dgn sebaek mungkin...
heeee...
=p

Friday, November 13, 2009

5 perkara yang kite selalu inginkan....

Lima perkara yang semua kita mahukannya
dan kita akan berusaha untuk mendapatkannya.​.​.​

1. Wajah yang cantik...

2. Duit yang banyak...

3. Kesihatan yang baik...

4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya...

5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan...

Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15 Minit setiap hari.
Kata Nabi Muhammad S.A.W.
Siapa yang tinggalkan...

*solat subuh:
tiadalah padanya nur di wajahnya


solat zohor:
tiadalah padanya rezeki yang berkat


solat asar:
tiadalah padanya kekuatan badan,


solat maghrib:
tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat


solat isyak:
tiadalah padanya tidur yang nyenyak..

Wednesday, November 11, 2009

duit..

duit kini menjadi satu masalah besar kepada aku semenjak bergelar pelajar bertauliah nie....
ptptn x wat byk duit la konon padahal sesak mcm nak mati nie...
hahahaha...
x pe2.. kurang dari sethn aje nak dapatkan diploma...
tapi mase kije dulu nak shopping ke?? nak tgk wayang ke?? nak kua pg mane2 ke?? senang aje...
x mcm skang nie.. nak pg mane2 kene tgk beg duit dulu ade duit ke x?? hahahaha... very funny la.... so persoalannyer skang... ape ptt aku wat utk mengelakkan masalah nie?? aku nak kije part time tapi dihalang oleh keluarga tercinta??? so any ideas guys???

Tuesday, November 10, 2009

keredhaan MU - inteam

ya allah...
ya tuhan ku....
hamba Mu merindukan....
rahmat kasih sayang MU dan jua keredhaan MU...
dalam hidupku...

meskipun ku ulangi dosa noda...
yang menjanjikan azab sengsara....
namun ku sedari keampunanMu tidak bertepi...

ku akui diri ini...
hambar yang mungkir pada janji-janji..
jadikanlah taubat ini yang sejati...

ya allah...
ampunkanlah dosa-dosa ku...
ya allah...
redhakanlah kehidupan ku....
moga terhapus penghijap kalbu...
antara kau dan aku.....

tuhan ku zalimi diri ini...
andai kau tak ampuni...
alangkah ruginya diri...

tuhan jangan kau palingkan hati ini....
setelah kau beri hidayah...
sesungguhnya...
kau maha pengasih....

suke sampai kecewe...

suke sampai kecewa...
puje sampai merane...
tak secocok..
tak mengapa...
kenapa berbohong???

utusan yang kau beri aku simpan..
janji kau tak ambil mudah....
depan kate laen...
belakang kate laen..
ambil jalan sinkgkat...

undur setapak ke belakang...
mungkin kau rase seronok...

love will tear us apart- joy division

When routine bites hard
and ambitions are low
And resentment rides high
but emotions won’t grow
And we’re changing our ways,
taking different roads

Love, love will tear us apart again
And love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again

Why is this bedroom so cold?
Turned away on your side.
Is my timing that flawed,
our respect runs so dry?
Yet there’s still this appeal
That we’ve kept through our lives

Love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again
And love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again

Do you cry out in your sleep?
All my feelings exposed.
Get a taste in my mouth
As desperation takes hold
Is it something so good
Just can’t function no more?

When love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again
And love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again

Love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again
Love, love will tear us apart again


kalo korang bace lirik lagu nie...
dan korang faham betul2...
sebab tu la aku da lame tak de awek...
aku takut dikecewakan lagi....

lil bit bout me...

Nama: afdhalluddin zainuddin

tarikh lahir: 25 januari 1988

Asal: keramat wangsa

warna kegemaran: merah

Muzik: modern rock (nickelback)

Movies: funny muvies

Status: single tapi ramai skandal

smoke: x isap rokok!

band: ElektrikRetro

instrument: drum (yg nie je la yg aku gheti men)

work: ICIMB (petaling jaya) p/s: dah kembali menjadi student ya..

religion: islam

ym: afdhalluddin88@rocketmail.com

frienster and facebook: afdhalluddin88@rocketmail.com