Pages

Sunday, January 13, 2013

kekeluargaan...


Si anak memberikan sehelai kertas kepada si ibu,

1) Tolong pergi kedai: RM4
2) Tolong jaga adik : RM4
3) Tolong buang sampah : RM1
4) Tolong kemas bilik : RM2
5) Tolong siram bunga : RM3
6) Tolong sapu sampah : RM3
Jumlah : RM17

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan
minum,pakaian,dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya.Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu
kita...

Ya ini status copy, ya ini status ulangan, korang dah lama baca tapi berapa ramai yang tidak sedar, ramai yang dah lupa, bila ibubapa minta tolong nakkan 'balasan'

No comments:

Post a Comment