Pages

Tuesday, April 20, 2010

10 jenis pekerja yang POYO!

1. Taichi

Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang
datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email
ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je. terus passing
memo tu kepada HR department.etc.

2. Boxing

Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki,
siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan.
Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat
bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap
telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut

Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam
gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak
showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy

Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata. actually
both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang
akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu
mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee

Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem
Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk
diam. Wataaa.! Wachaaaa..! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja
yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit.
dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja

Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat
ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak
cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu. then
.Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi
minum petang. arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita,
kaki ngular.

7. Rambo

Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar
disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak
hero. tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan

Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan
cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya. scene gaduh mesti tak
serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja
yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak
ambil serious.

9. Street Fighter

Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua
setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening
kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut
method statement.etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja
mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling

Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to
wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori
Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang
rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja,
nampak macam busy gila. Tapi. as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

1 comment: